Friday, December 30, 2016

Rujukan

Rujukan. 

-Buku teks pengurusan dalam Islam 
-Pencarian dalam aman web internet (google)
-http://www.surah.my/
-http://www.slideshare.net/h_halimatul/prinsip-asas-pengurusan-islam
-http://allpolyteknikmodul.blogspot.my/2013/11/definisi-dan-konsep-pengurusan-2.html

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua umat Islam perlulah mencontohi proses-proses seperti yang dijalankan dan dilaksanakan oleh umat Islam pada zaman dahulu. Dalam bab ini, kita dapat mengetahui bahawa Islam mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap kehidupan di muka bumi termasuk kepentingan ilmu dan sistem nilai. Selain itu, kita dapati bahawa pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti sekelilingnya berdasarkan sistem mesyuarat seperti syura, proses pengambilan pekerja, kepentingan sikap keadilan dan lain-lain. 

Monday, December 26, 2016

Informasi Tentang Kami


DUA 2022
Pengurusan Dalam Islam
Nama Pensyarah: Puan Elyn Bt. Mohd Ridzwan

Nama Pelajar

Nur Kauthar Bt Kamaruzaman
30DIB16F1015

Fatin Nadiah Bt Ahmad Rafiee
30DIB16F1048

Izzati Nurul Asyiqin Bt Khairi
30DIB16F1005

Nurul Jasmin Bt Bahrin
30DIB16F1039




PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat juga kami menyempurnakan tugasan pengurusan dalam Islam ini. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Elyn bt Mohd Ridzwan atas segala tunjuk ajar yang telah diberi sepanjang menyiapkan tugasan ini sehingga kami memperoleh banyak ilmu pengetahuan terhadap subjek ini dengan lebih mendalam lagi. Tunjuk ajar beliau amat membantu dalam usaha menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini

Prinsip Operasi Dalam Pengurusan Islam

PENGENALAN

Pengurusan islam merupakan proses penting bagi mengendalikan manusia, organisasi dan matlamat pengurusan islam yang hendak dicapai berlandaskan Al-quran dan hadis. Pengurusan islam merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan. Pendekatan islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan pengurusan islam ia merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. Affendi Hassan berpendapat bahawa pengurusan islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber, melalui perancangan, arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam islam.

Sistem pengurusan islam adalah sistem yang sangat lengkap dan sistematik kerana ia berpandukan Al-quran dan Sunnah. Pengurusan islam memainkan peranan penting dalam membentuk dan melahirkan pengurus, ketua, pemakmur alam mengikut sistem berfikir, nilai dan prinsip islam.

Sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan islam yang tersendiri. Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi. Selain itu, objektif  sesebuah organisasi  merupakan gagasan  yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan garis panduan oleh sesebuah organisasi. Seterusnya, membolehkan segala usaha digerakkan ke arah objektif pengurusan islam dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil realiti masa dan pengalaman. Akhir sekali, membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh.

MATLAMAT UMUM SYARIAH
(Maqasid Syariah)

Menurut konteks pengurusan islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya tidak lari daripada matlamat umum syariah islamiah. Maqasid ini  membuktikan bahawa Islam ialah sistem hidup yang lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa-apa jua urusan kehidupan. Garis panduan yang ideal ini adalah untuk memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan serta kehormatan individu di samping memelihara  keharmonian hubungan sesama manusia. Oleh itu, untuk mencapai objektif pengurusan islam, strategi, etika dan budaya yang ingin dikembangkan dalam sesebuah organisasi perlu seiring dengan matlamat syariah islam.


Maqasid syariah secara umumnya ialah lima prinsip islam yang asas:

1) Menjaga keselamatan agama

*Merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan berkait rapat dengan soal akidah. Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititik beratkan. Kegiatan yang dilaksanakan perlulah diawasi agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya, kegiatan yang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlulah sentiasa diamalkan.

*Pada masa yang sama, Islam mengharamkan segala bentuk perbuatan yang membawa kepada syirik terhadap Allah. Contohnya, menilik nasib, sihir, perkara-perkara khurafat dan sebagainya. Oleh itu, cara untuk mengatasinya ialah setiap Muslim hendaklah berhati-hati semasa menjalani kehidupan ini agar tidak tersasar daripada landasan akidah.

*Dalil: Sabda rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia. (Hadis Riwayat: Bukhari)



  2) Menjaga keselamatan jiwa (nyawa).

*Salah satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa (nyawa) serta tubuh badan manusia. Kegiatan yang boleh menggugat atau mengancam nyawa manusia hendaklah dihindari.

*Mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan dan membahayakan nyawa dan orang lain. Oleh sebab itu, Islam mengharamkan perbuatan membunuh, bunuh diri, pengeboman dan sebagainya kecuali atas sebab-sebab yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-quran seperti hukuman qisas, hudud, dan ketika berperang.

*Contohnya, islam mengharamkan pengguguran anak kerana ia dianggap sebagai membunuh, namun jika didapati oleh doktor pakar bahawa kandungan tersebut boleh membahayakan nyawa si ibu, maka pengguguran diharuskan. Selain itu, Islam mengharamkan segala amalan  tidak sihat yang boleh mengancam nyawa dan kesihatan manusia seperti merokok, vape, minum arak dan sebagainya.


*Dalil: “Dengan sebab (pembunuhan kejam) yang demikian itu, kami menetapkan atas Bani Israel, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau bukan melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh semua manusia. Barang siapa memelihara kehidupan seorang  manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan semua manusia. Sesungguhnya Rasul kami telah datang kepada mereka dengan keterangan yang jelas. Tetapi kemudian banyak diantara mereka setelah itu melampaui batas di bumi.” 
(Surah al-Maidah 5:32)


3) Menjaga keselamatan akal

*Akal dan pemikiran perlulah dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Selain itu, ia merupakan keistimewaan yang membezakan manusia berbanding makhluk yang lain. Akal juga perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara keseluruhan. Islam menitik beratkan aspek kewarasan akal fikiran kerana akal merupakan potensi anugerah illahi yang tiada ternilai kepada manusia sehingga dapat membezakan yang hak dan yang batil. Islam menggalakkan umatnya menyuburkan akal dengan ilmu pengetahuan dan takwa kepada ilmu.

*Selain itu, kerana pentingnya kedudukan akal dalam kehidupan manusia, maka Islam mengharamkan segala unsur yang boleh merosakkan akal. Contohnya, meminum arak dan segala benda yang memabukkan. Islam mengharamkan segala pengisian minda dengan sesuatu yang tidak bermanfaat seperti melihat benda lucah dan melihat laman sesawang yang boleh menyelewengkan akal minda manusia.

Dalil: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya, minuman keras, berjudi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah perbuatan keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” 
(Surah al-Maidah 5:90)

  4) Menjaga keselamatan maruah dan keturunan

Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah. Segala bentuk yang membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Menjaga keturunan iaitu memelihara manusia daripada melakukan penzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan perwarisan anak-anak yang lahir tidak rosak. Orang yang melakukan penzinaan wajib dijatuhkan hukuman sebat dan rejam.

*Islam mengharamkan zina dari awal lagi kerana ia boleh merosakkan keturunan yang baik hasil daripada kelahiran anak luar nikah. Bukan sekadar itu sahaja, islam juga mengharamkan perbuatan yang boleh memulakan kepada penzinaan. Contohnya, berdua-duaan dan berkhalwat.



*Dalil: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakkan)."
(Surah al- Isra’ 17:32)


5) Menjaga keselamatan harta

*Menjaga dan memiliki harta merupakan salah satu tujuan atau maqasid al-syariah. Harta kekayaan merupakan rezeki kurniaan ilahi kepada setiap makhluk yang menghuni alam semesta ini. Harta boleh memberi manfaat kerana jika harta digunakan menurut kehendak syarak, maka harta tersebut memberi manfaat kepada tuannya. Islam telah menggariskan  panduan berkaitan mencari harta yang diwajibkan iaitu harta mestilah diperolehi melalui jalan atau cara yang halal. Selain itu, harta wajib dikeluarkan zakat apabila cukup nisab.

*Sebagai contoh, seorang wanita dilarang sama sekali menjual dirinya / melacurkan dirinya dengan alasan untuk menyara kehidupan keluarganya. Begitu juga seseorang yang berjudi dan merompak demi mencari rezeki untuk keluarganya.

*Dalil: "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha bijaksana." (Surah al-Maidah 5:38)


PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakkan atau perlaksanaan. Dalam konteks pengurusan islam, prinsip bertindak selaku landasan dalam perlaksanaan suatu kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang dan telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Maka prinsip sebuah negara Islam melibatkan prinsip-prinsip yang berikut:

  •      Al-Syura
  •      Al-Ubudiyyah
  •      Al-Hurriyah
  •      Al-Musawah
  •      Al-Adalah


AL-SYURA

Al-Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang ke dua. Kepentingannya ditegaskan dengan nyata di dalam Al-Qur’an dapat dikukuhkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w serta amalan para sahabat. Ia juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan seharian.

Antara kepentingan Al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:

*Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal, keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang.

*Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam.

*Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.

*Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai.

*Syura akan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama. Dengan ini, mereka akan merasakan keputusan yang dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja.

*Syura merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran. Dengan itu, setiap mereka yang berpotensi akan merasakan diri mereka dihormati dan dihargai terutama apabila perbincangan dan membuat keputusan bersama.



Oleh kerana Syura merupakan perkara penting dalam pengurusan, maka mereka yang ingin menjadi ahli syura perlu mempunyai sifat yang baik. Antara sifat-sifat baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah seperti berikut:

*Seorang yang pintar atau bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci.

*Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang yang zalim dan melakukan kejahatan. 

*Seorang yang jujur dan bertaqwa.

*Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak
.
*Seorang yang adil.

*Seorang yang berilmu dan terpelajar.

*Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah.

Menurut Dr.Abdullah Alwi Hj Hassan (1990), fungsi syura dalam konteks organisasi melibatkan perkara-perkara berikut:

*Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar.

*Berkuasa mengisytiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu.
.
*Meluluskan program-program kewangan.

*Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah.

*Menggubal peraturan-peraturan organisasi.

*Mengulang kaji dasar-dasar organisasi dan memikirkan cara untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi.

*Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi kemaslahatan organisasi.

*Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura.


AL-UBUDIYYAH

Al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang melibatkan maklumat dan prinsip utama manusia sebagai hamba Allah SWT. Seluruh kegiatan seseorang individu dan seluruh kegiatan dalam organisasi perlulah berpegang pada konsep pengabdian diri kepada Allah SWT. Konsep ini membawa maksud seseorang muslim hendaklah patuh kepada suruhan Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Beriman dengan keesaan Allah SWT merupakan landasan pengabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, 1991)


Allah berfirman dalam surah Al-Nahl yang bermaksud:
"Janganlah kamu sembah dua Tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada-Ku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepadaNya (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain selain Allah SWT?"
(Surah Al-Nahl 16:51-52)

Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah SWT untuk memakmurkan muka bumi. Ahmad Ibrahim Abu Sin berpendapat bahawa Islam telah meletakkan garis panduan bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk memahami konsep Ubudiyyah yang berikut.

*Allah SWT tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat seperti masjid atau surau semata-mata untuk beribadat sedangkan manusia boleh beribadat di mana-mana sahaja seseorang itu berada sama ada di tempat mereka bekerja atau tempat-tempat di mana pelajar-pelajar menimba ilmu seperti di sekolah atau universiti. Hal yang demikian kerana Allah mengetahui kesemua perlakuan ibadat dan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang hamba-Nya. Segala ibadat dan pekerjaan yang ikhlas dapat mendekatkan hamba kepada penciptanya.

*Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan Allah SWT serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadanya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam roh lagi. Firman Allah yang bermaksud:


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Surah al-A'raaf 7:172)

Allah ada menyebut lagi dalam firman-Nya yang bermaksud :


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah Al-Baqarah 2:30)


Dalam konteks organisasi konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukkan individu malah dapat membentuk hala tuju serta budaya organisasi tersebut. Antara perkara yang penting yang berkaitan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah seperti berikut:

*Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah SWT. Konsep ini akan menjadikan matlamatnya sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai oleh islam.

*Cara, kaedah, atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah SWT. Konsep ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip islam disamping menegaskan penolakan terhadap konsep ‚‘‘matlamat menghalalkan cara‘‘.

*Budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didorong dengan semangat pengabdian diri kepada Allah SWT. Maka budaya yang bernafaskan nilai islam akan wujud di dalam organisasi tersebut.


Jika konsep ubudiyyah jika difahami dan dihayati dengan baik, maka elemen ini mampu memberi kesan positif pada pembentukkan watak dan budaya organisasi yang diwujudkan. Antara perkara penting dalam hubungan termasuklah yang berikut:

1. Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dalam agama. Hal ini menjadikan mereka seorang yang sensitif terhadap arahan dan tegahan dalam agama islam. Oleh itu, perkara ini dapat menggambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi

2. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi suatu yang positif sejajar dengan prinsip agama. Budaya positif akan menyumbang kearah pengurusan dan mengurangkan pelbagai perkara yang negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

3. Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan organisasi. Dengan itu, seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembangan organisasi.

4. Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi itu sebagai suatu ibadah iaitu dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya. Penghayatan konsep ini amat penting dalam usaha memupuk nilai dan budaya yang positif dalam organisasi.

Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana konsep ini dapat membentuk individu yang baik dan berperanan memajukan organisasi. Individu yang baik mampu mewujudkan budaya organisasi yang positif, yang baik untuk perkembangan dan kemajuan organisasi.

  

AL-HURRIYAH

Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah s.w.t.

Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusian yang melibatan perkara-perkara yang berikut :

1.Kebebasan bergerak.
2.Kebebasan menuntut ilmu.
3.Kebebasan memiliki dan mencari harta.
4.Kebebasan bersuara.
5.Kebebasan berfikir.
6.Kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti.

Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambil kira beberapa perkara berikut:

*Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal.

*Tidak mengganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.

*Ianya tidak mengganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam.



AL-MUSAWAH

Al-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam Islam. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada nabi Adam a.s. Hanya yang membezakan setiap manusia itu dengan manusia yang lain ialah amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan. Firman Allah Yang bermaksud:


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah Al-Hujurat 49:13)

Perlaksaan persamaan dalam organisasi melibatkan beberapa perkara yang berikut :

*Semua warga organisasi harus diterima sama rata, terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.

*Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, kerana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri.

*Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama.

*Pembahagian tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan.



AL- ADALAH


Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya (Siddiq, 2003). Menurut Mawardi (dalam Rasid, 2008), keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa-apa jua keadaan sekalipun dan menjaga maruah. Dalam konteks pengurusan organisasi, keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara-perkara yang berikut:

*Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agar pekerja yang dipilih menepati kriteria dan kelayakan yang ditetapkan.

*Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas tersebut diserahkan kepada yang layak mengambilkira bakat, potensi dan kekuatan.

*Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih.

Membincangkan prinsip operasi

  • Prinsip-prinsip asas pengurusan islam iaitu amanah, syura, dan keadilan merupakan perkara penting yang perlu dipraktikkan dalam kerja pengurusan seseorang pengurus.
  • Prinsip operasi merupakan prinsip sejagat yang dalam hal ini terdapat juga sebahagian daripada prinsip ini dipraktikan dalam pengurusan moden. 
  • Menghuraikan ketaatan kepada organisasi 

Pengenalan

  1. Menurut perspektif islam, kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. 
  2. Contohnya, umat islam amat digalakkan mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua (imam). 
  3. Manusia juga digalakkan bermusafir secara berjemaah dan melantik seorang ketua. 


Definisi organisasi
Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang berkerjasama yang saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. 

1) Ketaatan kepada organisasi 
2) Kesetiaan kepada organisasi 
3) Kepatuhan kepada dispilin 

Ciri-ciri organisasi 

  • Sesebuah organisasi yang dibentuk akan melambangkan identitinya tersendiri. 
  • Organisasi terbahagi kepada dua iaitu organisasi kecil dan besar. Kedua-dua organisasi ini mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Setiap organisasi ini dibezakan dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap peringkat. 
  • Terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan . organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. 


  • Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personal, pemasaran dan kewangan. 

Penurunan autoriti dan kuasa yang wajar dalam penurunan tugas

  • Pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya. 
  • Pengurus perlu pekerja yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pekerjaan. 
  • Penurunan kuasa yang wajar perlu diberikan kepada pekerja yang bertanggungjawab. 
  • Gabenor bertindak selaku wakil kepada pemimpin. 
  • Penyerahan kuasa secara tidak langsung melahirkan rasa yakin gabenor terhadap keupayaan diri dan kepercayaan ketua. 
  • Mendorong seseorang yang diserahi tanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amana, dedikasi dan tekun. 
Membincangkan pemberian ganjaran

  •  Dalam sesebuah organisasi islam, aspek ini merupakan suatu perkara penting dalam segala urusan yang berlaku di antara majikan (ketua) dengan orang bawahan. 

Pembahagian ganjaran terbahagi kepada dua: 

  • Ekstrinsik 

-Ganjaran kewangan seperti kenaikan upah, dan bonus. 

  • Instrinsik 

-Ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja cemerlang. 

Perbandingan Konsep-konsep Pengurusan Islam, Barat dan Jepun
    Perbezaan yang besar wujud di antara falsafah dan matlamat pengurusan barat dan Jepun dengan Islam di mana matlamat pengurusan barat dan Jepun hanya mementingkan dunia semata-mata manakala pengurusan Islam menggandingkan urusan dunia seiring dengan urusan akhirat.     Pengurusan Islam berasaskan kepada nilai yang pasti mendapat keredhaan Allah yang berpandukan sumber Al-Quran dan Al-Sunnah dengan mengambilkira nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kejayaan dunia dan akhirat merupakan matlamat pengurusan Islam. Pengurusan barat lebih menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan dalam mencapai kemajuan dan kejayaan. Pengurusan barat mementingkan kelakuan atau gelagat bermoral atau beretika mengikut keadaan tempat dan masa manakala hal yang berkaitan dengan agama dianggap peribadi. Kemajuan dan kejayaan di dunia serta pengembangan kuasa merupakan matlamat akhir dalam pengurusan barat. Pengurusan Jepun mementingkan konsep kerja sejak lahir hingga mati di mana mereka berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dan keuntungan sebanyak mungkin yang hanya bersifat sementara. 
© Welcome, Readers | Blogger Template by Enny Law